Oleh kerana ucapan guru besar tu best sesangat, aku nak ajar korang camner nak tukar ucapan guru besar yang best sesangat dalam CD tu jadi MP3 dan boleh share ngan kengkawan untuk bagi keinsafan kat diorang, dimana jua, asalkan ada player yang boleh main MP3.
Bahan-bahannya.
- Korang kena ada PC. Tak kira aa kat umah, kat CC, kat skolah, kat office.. memana pun boleh dan PC tu mesti ada CD/DVD Drive.
- Kalau bukan kat PC sendiri, korang kena ada USB / thumb drive.
- CD ucapan guru besar yang korang nak COPY / RIP.
- Pastu korang kena download software nie CDex kat sini.. http://prdownloads.sourceforge.net/cdexos/cdex_151.zip?download Ada version lain yang baru still 'Beta'. Tapi aku suggest 'Released version' yang portable. So boleh taruk dalam USB atau harddisk. Tak yah install install. Semak je..
- Lepas download, unzip semua kat harddisk C atau thumbdrive, (kat desktop pun boleh). Ikut suka korang la.. Run software tu..
- Masukkan CD ucapan guru besar, nanti kuar aaa list tracks kat dalam CD tu. Mark tracks yang korang nak - oleh kerana ucapan guru besar sumer best, mark je semua..
- Kat button belah kanan yang nombor 2 dari atas tu ada "Extract CD track(s) to Compressed Audio File(s)", Click situ.
- So.. dia start processing..
- Bila dah siap, semua MP3 ada kat dalam directory: "[Tempat korang unzip] \ cdex_151 \ my music \ no artist \ no title"
CDex 1.51 |
Pastu, files MP3 yang korang dah process tu, korang tukar aaa nama dia. "Right click > Rename".. Makan masa sket.. Tapi, apa adahal.. hati tengah berbunga... Layanzzz..
Pastu transfer aaa files tu kat MP3 Player..
So, berapa buah lagu boleh sumbat dalam 1 8GB memory?
1 cassette biasanya ada 12 lagu.. 1 CD pun biasanya ada 12 lagu.. bila jadi MP3, 1 lagu lebih kurang 5MB (full digital quality).. so.. calculate lebih kurang..
8,000,000,000 (8GB) / 5,000,000 (5MB) setiap lagu = 1,600
..buah lagu boleh sumbat dalam 8GB memory yg besarnya 10 kali ganda lebih kecik daripada cassette.
Abis!
No comments:
Post a Comment