October 19, 2011

Macam Mana Nak Lajukan PC & Internet

Gambar hiasan - rebat kat NGC
Tajuk bengong. Tujuan tajuk bengong = Search engine & user friendly. Meh aku bagi tips sket:

Kenapa nak PC laju?
  1. Nak PC laju sebab nak main game.
  2. Nak PC laju sebab malas nak tunggu time processing.
  3. Nak PC laju sebab nak save duit. Yerla, nak save electric, nak save battery, nak save prepaid Internet.
  4. Nak PC laju sebab nak buat banyak kerja dalam 1 masa. Nak layan Chat ngan aweks, sambil nak update status kat FB, sambil edit gambar, sambil update blog, nak buat kerja.. dan macam-macam lagi..
  5. Kalau PC laju, yg memang dah boleh gie laju. Kalau PC laju jadi lembab, mesti ada sebab. Kalau PC dah memang lembab, pakai je la program-program yang tak memerlukan banyak processing power.
Sebab-sebab utama kenapa PC slow/lembab?
  1. Banyak Spyware. Spyware = program yg korang diterinstall time layan porn (bukan aku, korang), time install game-game free yang kecik (biasanya game bodo2 yang dak pompuan suka, dak pompuan punya PC gerenti banyak spyware), time korang install crack daripada sumber yang tak meyakinkan (aku tak.. aku layan opensource je), time korang install software free daripada sumber yang tak boleh dipercayai. Hobi spyware nie adalah mencuri maklumat yang ada dalam PC, tak kira la gambar ke, website apa yang korang masuk ke, file apa yang korang bukak ke, atau apa-apa jer la.
  2. Ada Virus. Virus nie kira adik sepupu belah abah sedara spyware. Hobi dia tak tentu. Kengkadang merosakan file, ada yang suka rosakan system, ada yang suka type atau tunjuk gambar bodo2 kat screen dan macam-macam lagi. Kalau korang suka cucuk sana, cucuk sini, senang dapat Virus. So, setiap kali nak cucuk USB, scan la dulu. Dinasihatkan supaya tak mencucuk merata - especially kat female port yang tak dikenali.
  3. Pre-installed/Autorun benda-benda yang tak perlu. OS (Operating System, Windows, Linux, etc) korang akan ada benda-benda yang korang tak pakai pun. Benda tak pakai, tak payah la install.. atau time tak nak pakai, tak payah la autorun/autostart. Jap lagi aku citer dengan lebih lanjut.
  4. Driver/Software yang outdated. Driver atau software yang outdated akan pening atau tak compatible. Tu pasal PC slow - banyak pikir. Bila dah tak dapat pikir, PC jadi jam atau crash.
  5. Antara sebab-sebab diatas juga akan melembabkan internet. Bertambah malang bila korang pakai Internet yang akan cap/menghadkan penggunaan setelah mencapai bilangan nilai bytes tertentu. Contohnya:
    • ISP mention kelajuan 1Mbps (Mega bit per second, 1,048,576 bits = 131,072 KBps)
    • Habis lepas henjut 100MB, Internet jadi lembab 128Kbps
    • Pastu 128Kbps tu pun 'best effort' je.. biasanya 50% ~ 70%
    • daripada 128Kbps = 64KBps ~ 91KBps.
    So, bila tetiba autoupdate jalan sendiri, abis la korang punya bandwidth usage. Internet jadi lembab. Lepas tu spyware, virus cuba connect ke Internet dan hantar file yang dah di curik tu. Bertambah-tambah la lembab.
  6. Sikap kedekut, tamak, pentingkan diri sendiri. Kalau ISP, tu memang dah for sure aaa.. Dah la infrastructure investment pakai duit rakyat. Pastu compete dengan cara tak sihat. Sebagai pengguna pula, kalau dah download apa-apa tu (benda-benda yang halal) share-share la. Tak payah orang lain download berkali-kali, tak payah lalu International gateway. Taruk je dalam server school, uni, kolej, office, etc. So orang lain nak download pun senang dan laju. Bila orang lain nampak korang buat macam nie, diorang pun akan buat benda yang sama. Sharing. Korang nak download apa-apa pun senang. Tukang check virus/spyware pun ramai. Tukang tolong, kalau korang ada problem pun ramai - sebab diorang tak suka kalau kaki sedut punya PC down - Diorang pun rugi. Sama gak macam pengguna broadband yang bayar flat rate bulan-bulan. Time tak pakai, open/share kan je kat semua orang. Disamping korang dapat kawan-kawan online baru, cara ini dapat menyatakan pada ISP/Telco, pengguna memerlukan bandwidth yang stabil. Kalau bayar RM50 untuk 1Mbps sebulan:
    • pengguna ada hak untuk surf 1Mb / (1s x 60min x 24jam x 30hari)sebulan = 43,200Mb/Sebulan
    • ..atau 5,400MB/Sebulan = 5.4GB/Sebulan.
    • Tu kalau pakej 1Mbps laa.. (B besar = byte, b kecik = bit, 1 byte = 8 bit).
    So, kalau korang pakai tak sampai 5.4GB, rugi laa. baik share ngan pengguna lain - bagi je diorang pakai free-free. ISP/Telco pun tengok "ala dak nie pakai tak banyak.. tak yah nak tambah port kat area tu" keadaan ini akan menyebabkan bottleneck pada masa-masa tertentu. Dimana korang gak yang akan rugi. Yang untungnya, ISP/Telco. Contoh lain, sama gak time korang gie buffet. Bayar RM39++, alih-alih, tengok ada nasi putih je. Lauk semua takde, dah habis. Yang datang makan buffet pun cuma 2 orang. Buta-buta je bayar. Tokey buffet gak untung. Cuba kalau 100 orang makan buffet, yang tinggal nasi putih je, mau terbalik meja, tokey jadi lauk.
  7. Seandainya Internet access dari tempat-tempat sensitive/sulit/critical contohnya office gomen, company-company kewangan, dll. Bergembiralah spyware & viruses tu.
Macam mana nak lajukan PC/Internet?
Aku tak jual/tak ambik commission/takde kepentingan terhadap apa-apa saranan dibawah. Links untuk download semua tools atau software aku letak last sekali. Sebab, aku kenal sangat sesetengah korang - especially yang pompuan, pantang nampak benda boleh click, korang click. So, aku taruk hujung-hujung post.. baca habis dulu..
  1. Pastikan takde virus. Untuk XP, aku pakai Avast Free Antivirus. Jangan install 2 atau lebih Antivirus. Nanti diorang gaduh. PC jam. Pakai 1 je. Kena selalu update - sebab aku tak 'on' kan autoupdate. Kalau ada antivirus, tapi tak pernah/jarang update, tak guna gak.
  2. Pastikan takde spyware. Untuk XP, aku pakai Spybot Search & Destroy. Kena selalu update dan scan secara manual. Biasanya pengguna tak ambik kisah sekiranya ada automatic scanning - bila ada notice keluar, diorang just click-click je. Tak baca pun. Bila buat manual scanning, pengguna ada masa untuk baca report-report yang dikeluarkan. Pengguna akan jadi lebih sensitive.
  3. Update semua driver. Contohnya: motherboard driver, sound driver, graphic card driver dan lain-lain. Tu kena check kat korang punya brand. Ini sangat-sangat penting. Ada beberapa kes pengguna yang tak pernah visit site brand/model diorang. Bila PC rosak, baru kelam kabut. Last-last tengok dah takde warranty. Sedangkan kat website dah annouce model-model yang bermasalah akan diganti secara percuma dengan model baru. Tak ke rugi tu?
  4. Uninstall semua software/games/atau apa-apa je yang tak pakai, atau carik alternative software yang tak berat. Aku cuma pakai XP (original tau) yang lain-lain semua open-source. Contohnya..
    • kerja-kerja office, aku pakai OpenOffice
    • GIMP untuk photoediting
    • Inkscape untuk vector graphics
    • Blender untuk kerja 3D, architecture, animation, movie making/editing
    • nak layan movie pakai DAUM Potplayer
    • Browsing pakai Chrome, Firefox. IE aku pakai untuk update XP je.
  5. Hentikan process automatic yang tidak berkenaan. Untuk melihat process yang sedang berjalan, tekan.. 'Ctrl-Alt' dan 'Del' (untuk lihat je). Untuk set apa yang perlu atau tidak, pergi ke:
    • 'Start' > 'Control Panel' > 'Administrative Tools' > 'Services'
    • Name = Nama process yang terkandung dalam system.
    • Description = maklumat latarbelakang mengenai process tersebut.
    • Status = penunjuk samaada process sedang berjalan atau tidak.
    • Startup Type = Bagaimana process tersebut dimulakan.
    • Automatic = Process dijalankan secara automatic sebaik sahaja masuk Windows
    • Manual = Process dijalankan hanya bila diperlukan.
    • Disabled = Process tidak dibenarkan berjalan.
    • Log On As = tukang start process.
    Untuk configuration process samaada perlu atau tidak, sila rujuk site Black Viper. Aku tak nak cut & paste kat sini. Kat sana dah cukup lengkap. Pilih sama ada configuration untuk XP, Vista, Windows 7 atau lain-lain. Sila baca dengan teliti mengenai apa yang perlu dengan apa yang tidak perlu. Untuk access process tersebut, right-click > properties. Selepas semuanya selesai, Reboot.
  6. Kosongkan temporary files. Aku pakai CCLeaner (Crap Cleaner). Free je. First Section, 'Cleaner'. Cleaner nie akan buang file-file sementara. Boleh pilih apa nak buang atau tak nak buang. Biasanya aku akan buang semua. Click 'Analyze' lepas tu, dah habis analyze, click 'Run Cleaner'.
  7. Bersihkan Registry. Aku pakai CCleaner gak. Click kat 'Registry', click button 'Scan for Issues', dah abis scan, pilih semua, lepas tu click 'Fix Selected Issues'. Settle!.
  8. Check Startup. Still pakai CCleaner. Pastikan Startup tu dikenali untuk tujuan apa.
  9. Lakukan defrag atau defragmentation. Aku pakai Defraggler satu company dengan CCleaner. Nama company tu Piriform. Fragmentation = serpihan/pecahan. Dalam harddisk, 1 file boleh berpecah. Korang nampak 1 file, tapi sebenarnya dalam haddisk file nie pecah-pecah. Kenapa jadi macam nie? Sebab time korang surf, temporary file akan disimpan dalam harddisk, surf sambil buat kerja, sambil download, PC akan simpan file mana ikut mana sempat at that time. Lepas install Defraggler, click 'Analyze', dah habis analyze, click 'Defrag'. Process nie ambik masa sket. Time nie korang boleh gie tidur, masak, mandi, etc. Bila dah siap, baru sambung. Defragmentation boleh dilakukan seminggu sekali. Time defrag, jangan usik PC.
  10. Check connection time online. Aku pakai TCPView. TCP = Transmission Control Protocol. TCPView akan display server mana yang korang access atau server mana yang access korang. Janagn terperanjat kalau list tu berderet-deret. Kalau bytes receiveing ok lagi, kalau bytes sending banyak menunjukkan ada benda ghaib yang access PC korang. So, orang-orang gomen yang boleh access file-file gomen tu.. paham-paham la ye.. sia-sia je Tun kasi idea buat MSC, internal networks, supaya maklumat tak kuar. Nak lagi best, cuba buka TCPView time layan ef bi..
  11. Kebanyakan iklan-iklan yang menyemak juga boleh dibuang menggunakan Adblock Plus. Tanpa iklan, (especially iklan yang menggunakan Flash) akan membuat browser lebih laju & ringan. Adblock Plus adalah extension untuk Chrome & firefox.
    • Chrome, Click icon spana > Tools > Extension > Get more extension > pastu, search aa Adblock > pastu install
    • Firefox, Tools > Addons > Extensions > pastu search aa adblock > pastu install
    Aku tak install Flash player. Flash player built-in dalam Chrome. So, tak de masalah untuk run Flash.
  12. Aku disabled semua plugins dalam Firefox.
  13. Java (JVM) aku buang sebab tak pakai. Korang pakai?
  14. dot Net Framework pun aku uninstall (semua). Benda nie aku tak pakai pun. Korang pakai untuk apa? Benda nie pun tak sepatutnya ada dalam Firefox. Fishy kan? camner boleh masuk, sedangkan Firefox adalah open-source. Benda nie masuk kedalam Firefox melalui Windows Update. Nak buang, baca kat sini.. http://www.annoyances.org/exec/show/article08-600
  15. Untuk lebih advanced, boleh la try 'hijackthis' untuk dissect system registry degan lebih teratur. Hijackthis digunakan untuk membuang spyware/malware/virus degil.
Wokey.. list of free tools/software wuntuk pengguna Windows.
Kepada yang dah tak minat atau mahu mencuba selain daripada Windows, boleh cuba linux ubuntu. Kebanyakan software-sofware opensource yang tersenarai diatas juga boleh run kat linux. Antivirus dan tools defrag ata registry cleaner tiada di linux. Sebab, ianya tidak diperlukan. Download Ubuntu free kat sini http://www.ubuntu.com/.
Abis. Ada masa nanti aku up screenshots.